Monday, March 21, 2011

Pertanyaan ASN


Assalamualaikum w.b.t.,
.
Saya ingin bertanyakan mengenai Amanah Saham Nasional (ASN) . Bagaimanakah pengiraan ASN dan apakah perbezaan dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB)?
.
Fadil, Jerantut.
.
Wa'alaikumussalam w.b.t.,
.
Terima kasih di atas pertanyaan saudara. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) merupakan amanah yang ditubuhkan untuk membantu kaum bumiputera di Malaysia. Namun begitu, ramai golongan bumiputera yang tidak mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan ini dan ini menyebabkan matlamat DEB untuk pemilikan ekuiti bumiputera dalam ekonomi sebanyak 30% tidak tercapai.
.
Perlu kita fahami ASB adalah pelaburan tiada risiko dengan dividen tetap tahunan adalah antara 7-9%. Contohnya, jika kita melabur berjumlah RM20,000, kita akan mendapat dividen tahunan sebanyak RM1,400 sekiranya dividen adalah 7%.

Berbanding pula dengan ASN di mana ia merupakan pelaburan berisiko sederhana dan ia dijual dalam unit saham. Biasanya, harga sahamnya adalah sekitar 0.866 sen dan anda boleh melayari http://www.asn.com.my/ untuk mengetahui harga semasa. Keuntungan dividen pelaburan ini diberi dalam unit saham. Sekiranya harga saham 0.866 sen, maka anda boleh mendapat saham sebanyak 23,094 unit saham dengan belian RM20,000 (20,000 / 0.866 ). Apabila keuntungan 1 unit saham adalah 6 sen, maka anda boleh mendapat RM1,385 (23,094 * 0.06 ).

Untuk melabur dalam ASN ini, anda perlu peka dengan keadaan ekonomi semasa. Apabila ekonomi merosot, harga saham ASN adalah jatuh. Contohnya, kenalan saya memberitahu harga saham ASN ini pernah jatuh kepada 0.50 sen pada tahun 2009. Apabila harga saham ini naik 30 sen 1 unit kepada 0.80 sen pada tahun 2010, maka anda boleh mendapat keuntungan sebanyak RM6,900 (23,094 * 0.30) dengan belian saham sebanyak RM20,000 tadi berbanding RM1,385. Hebat bukan?
.
Satu lagi perbezaan antara ASN dan ASB ialah tempoh matang untuk menerima dividen. Di dalam ASB, anda perlu melabur di dalam unit amanah ini sekurang-kurangnya setahun untuk mendapat dividen. Manakala ASN pula, anda boleh membeli sahamnya bila-bila masa sahaja sebelum akaunnya ditutup pada akhir tahun. Cohtohnya, akaun ASNB adalah ditutup pada akhir bulan Disember setiap tahun. Di sini, anda boleh membeli saham tersebut pada November iaitu sebulan sebelum akaun ASNB ditutup.
.
Begitulah cara perbezaan antara ASB dan ASN. Perbezaannya adalah dari segi pemberian utama dividen tahunan serta tempoh pelaburan kepada pelaburnya. Namun begitu, anda harus ingat pelaburan ASN adalah terdedah kepada risiko kerugian kerana harga sahamnya mengalami turun naik. Namun begitu, peratus untuk anda rugi adalah sangat kecil kerana setiap tahun, kerajaan sentiasa mengumumkan pemberian dividen tahunan kepada pencarumnya. Diharap agar maklumat ini dapat menambah informasi kita mengenai pendapatan pasif. Anda boleh layari http://www.asnb.com.my/ untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.

"Bersama mengangkat maruah ekonomi bangsa melalui ASNB"


Sumber.
1.www.asnb.com.my















7 comments:

Anonymous said...

salam... mohon pencerahan..
saya baru je bukak akaun ASN... seperti yang tuan kata..ASN tidak menentu sahamnya...jadi pertanyaan saya mengenai:
1. bila waktu terbaik utk kita buat penyimpanan dan pengeluaran... 2.bagaimana kita nak tahu bahawa pada hari itu keadaan saham adalah paling baik utk dibuat transaksi penyimpanan..
3. caj 5 peratus yang dikenakan pada kita sewaktu pengeluaran atau penyimpanan...

saya baru belajar tentang ASN ni harap tuan dapat membantu dlm menambah kefahaman saya..
sekian terima kasih..

Suwarnida Abdul Samad said...

sy geram tgok iklan awk kat sebelah kanan ni.CHUP CHUP.mengganggu perhatian ketika membaca.takbole ke nk close tu??

Wan Kamarul Ariffin said...

Salah satu teknik menambah pendapatan kot..he3

iveybetty ivory said...

Asn dan asb ..tak sma..asn ada masa naik dan turun..mnakala asb pula dia tetap dan tak turun..mgikut peratusan yg d berikan oleh kerajaan..so bagi sy seeloknya melabur dlm asb..

iveybetty ivory said...

Lebih baik asb..

Anonymous said...

untuk yang baru melabur seelok2nya asb, kalau dah lama dalam bidang ni boleh la asn kalau diri itu risk taker

Anonymous said...

Ya asb