Saturday, March 17, 2012

Budaya Gali Lubang Tutup Lubang

Bank Negara melaporkan bahawa kadar purata hutang isi rumah di Malaysia adalah kedua tertinggi di dunia selepas Korea Selatan iaitu sebanyak 48%. Sekiranya seseorang itu berpendapatan RM3,000, maka ia adalah berhutang sebanyak RM1,440. Ini adalah sangat membimbangkan, ini kerana sekiranya ramai rakyat di tanah air ini diisytihar muflis, ia akan merencat pertumbuhan ekonomi negara. Persoalannya, siapakah hendak dipersalahkan? Adakah kita ingin menyalahkan pihak bank yang menawarkan pinjaman kepada kita? Adakah kita ingin menyalahkan kerajaan kerana tidak mengawal persekitaran yang menggalakkan kita berhutang? Jawapannya mudah sahaja, sekiranya anda mengawal diri anda, sudah tentu anda bebas daripada hutang ataupun mencapai sifar hutang ataupun dianggap orang yang tidak suka berhutang oleh orang sekeliling anda. Usahlah asyik menyalahkan orang lain sahaja.

Gali lubang tutup lubang seolah-olah menjadi budaya dalam masyarakat kita pada hari ini. Pada mulanya seseorang mengambil pinjaman yang ditawarkan oleh Bank A yang menawarkan kadar faedah 5.5% setahun. Kemudian, apabila suatu tempoh tertentu, muncul pula promosi yang dibuat oleh Bank B yang menawarkan pinjaman dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kemudian, pinjaman Bank B dibuat bagi menutup hutang di Bank A. Selepas itu, muncul pula tawaran pinjaman oleh Bank C yang menawarkan pinjaman dengan kadar faedah 3.99%. Tanpa berlengah-lengah lagi pinjaman Bank C dibuat bagi menutup pinjaman Bank B. Saya pun tidak tahu sampai bila seseorang terus berada keadaan sebegini. 

Begitulah kisah hidup si kaki hutang, gali lubang tutup lubang. Akhirnya, kita dikenali sebagai orang yang ‘berlubang’ ataupun lebih tepat lagi orang yang suka membuat hutang. Buat kerja pun tidak tenang kerana memikirkan masalah hutang. Mandi tidak basah, makan pun tidak kenyang. Sehingga artikel ini ditulis, ramai penjawat awam sedang berlumba-lumba membuat pinjaman dengan MBSB iaitu anak syarikat KWSP yang menawarkan kadar faedah serendah 3.5% dan tempoh pembiayaan pula adalah sehingga 25 tahun. Promosi ini masih giat dijalankan sehingga akhir tahun ini.


Ada yang mempunyai hutang kad kredit sehingga mencecah had maksimum. Bagi menyelesaikan masalah, seseorang akan membuat pinjaman peribadi bagi menutup hutang tersebut. Tunggakan kad kredit yang paling tinggi saya pernah dengar ialah RM150,000 iaitu menyamai sebuah kereta Honda Accord.

Ada juga kes yang mempunyai tiga lubang hutang iaitu hutang kad kredit, hutang motorsikal dan hutang peribadi lama. Bagi menjadikannya satu lubang hutang, pinjaman peribadi bank lain dibuat bagi menutup ketiga-tiga hutang tersebut agar ia menjadi satu lubang hutang.

Ada juga kes yang mempunyai baki pinjaman perumahan atau kereta. Kemudian, membuat pinjaman peribadi untuk menutup baki hutang tersebut.

Ada juga kes yang mempunyai hutang pinjaman pendidikan sehingga sampai surat pinjaman daripada pihak penaja apabila tidak pernah membayar hutang. Kemudian, membuat pinjaman peribadi bagi menutup pembiayaan pendidikan tersebut.

Hutang, hutang dan terus berhutang. Sampai bilakah ia akan berakhir?

Sebenarnya, apabila anda sudah berhutang ataupun sudah dibelit hutang, anda bayar sahaja hutang tersebut mengikut jadual. Sekiranya, anda terus membuat hutang semata-mata menutup hutang lama, sampai bilakah keadaan akan berakhir?

Anda sebenarnya kehilangan ‘potential gain’ dalam mengawal kewangan anda sekiranya terus berkeadaan sebegini. Gaji adalah naik dari tahun ke tahun. Gunakan lebihan pendapatan bagi membayar hutang. Dengan cara ini, anda mencegah diri anda dari dibelengu wabak hutang apabila tempoh bayar balik dipercepatkan.

Sekiranya anda tidak mahu membayar hutang lagi, gunakanlah lebihan ini untuk melabur. Apabila sudah sampai suatu tempoh, tidak kira sama ada cepat ataupun lambat, ia akan tetap memberi pulangan dividen. Gunakan dividen ini untuk membayar hutang.

Terpulang kepada anda untuk bertindak sekarang. Tuhan kurniakan akal kepada kita untuk berfikir. Bertindak sekarang. Kawal kewangan anda dan pastikan wang memberi pulangan kepada diri anda dan bukannya menjadi hamba kepada hutang. Insya-Allah akan selamat di dunia dan akhirat. Wallahua’lam.

Sekian, terima kasih.

Wan Kamarul Ariffin bin Wan Ahmad.

17 comments:

Tho Ha said...

Sy ingin menceritakan bagaimana sy boleh terjebak dgn hutang ini.

BANK ISLAM
Sy didatangi agen kad kredit yg menyatakan kalau tak pinjam tak perlu bayar. Simpan shj kad. Kalau sesak dgn siapa yg boleh memberi kita pinjam? Akhirnya sy mempunyai satu kad kredit yg sy tidak guna beberapa bulan. Kad ada kat tangan gatal pula nk kuar duit, maka Bank Islam hntr penyata bersama promosi barangan. Melalui katalog yg disediakan sy beli (tak ingat apa nama dia tapi kita boleh dgr al-quran, sy beli 4 set dan beri kpd keluarga dan kawan 3 set) dan laptop (dah rosak screen monitor, nk baiki RM800). Sy juga terpedaya dgn peraduan Reader's Digest dan membeli barangan melalui kad kredit.

MAYBANK
Sy tak apply pun tapi kad kredit dtg sendiri ke rumah dgn tawaran prepaid tol zing (adalah setahun tak usik lgsg dan tawaran tersebut terbatal). Nk jadi cerita sy diarahkan menghadiri KIK Peringkat Kebangsaan secara mengejut dan duit poket sy hanyalah RM5. Aduiih ... CC terlupa pula nak beri kupon makanan. Sy tak kisah tapi mcm mana dgn tembolok driver. Sy ke Maybank berhampiran cuba keluar cash tetapi tidak boleh kerana password hendaklah diambil di Maybank tempat sy bekerja. Sy pun tawakal beli tisu harga RM5 di Parkson. Berjaya YES YES YES. Lepas beli tisu tu sy disapa agen Kad Kredit Citibank. Dia tanya sy ada kad kredit apa2 tak. Sy kata ada, lepas tu dia ambil butir2 dan fotostat KP dan kad kredit sy. Lps tu dia bagi 2 kupon makan percuma White Coffee Old Town. Apa lagi,tak dpt makan di Hotel Syuen sbb tak bwk kupon makanan, sy isi tembolok driver dgn sandwich dan kopi di White Coffee Old Town. Sy ajak driver pegi MACRO (skrg TESCO Xtra). Sy ckp kat driver, beri sy cash RM50 sbg balasannya sy bayar barangannya yg bernilai lebih RM50. Sejak itu sy gunakan kad kredit maybank utk beli tepung, gula, biskut, telur, beras dll di The Store. Sy cuba keluar cash tapi gagal. Kemudian Maybank telefon sy, sy tanyalah mcm mana keluar cash. Rupa2nya digit tu kena tekan sebiji sebiji tak boleh terus shortcut tekan pilihan 200/300/500 dan sebagainya. Wow !! Kebetulan tempat sy bekerja The Store shj (selain stesen minyak) yg menerima kad kredit. Skrg sy boleh membeli belah di pasar tani dan sebagainya.

CITIBANK
Sy lgsg tidak dapat kad Citibank dan berhasrat tidak mahu menambah hutang. Tetapi sy mengamuk apabila Citibank hantar bil. Sy telefon Citibank : Knp hntr bil sedangkan sy lgsg tidak terima kad kredit ?? Okey Okey kami waive bil tu.

Macam mana sy boleh berhutang dgn Citibank pula ??

Ceritanya mcm ni. Sy buka akaun FB dan berlanjutan dgn itu sy bertemu kembali rakan-rakan sekampus yg berbelas tahun tiada dengar khabar berita. Ex-classmate sy menghadapi masalah kewangan kritikal. Kena halau drpd rumah sewa, sorok kereta utk elak drpd ditarik, kena buang kerja, bini minta cerai dan tiada apa hendak beri anak-anak makan. Dia bukanlah sahabat baik sy masa di kampus cuma sekadar ex-classmate.

Sy bersimpati dgnnya dan memberikan seboleh mungkin sehingga sampai kepada satu peringkat sy terpaksa menjual kertas suratkhabar untuk membeli petrol. Sy bawa bekal ke pejabat dan tidur di surau shj bila tengahari. Kad kredit declined maaa tak boleh beli petrol bro. Dua2 dah over limit. Pada masa yang sama sy perlu mewakili jabatan utk menghadiri mesyuarat-mesyuarat di luar kawasan. Pening kepala aku !! Naik kereta jabatan to bayar sendiri tapi yg lebih memeningkan tembolok driver ni. Kalau boleh makan roti canai je takpe ni siap ambil sotong le apa le, aku juga yg kena membayarnya.

Akhirnya dgn rasa rendah diri aku pun telefonlah Citi Bank supaya menghantar kad kredit pada aku dengan SEGERA. Heh Heh Heh.

wankamarul701 said...

Tuan Tho Ha, nak percaya susah tak percaya pun susah cerita awak ni. Untuk pengetahuan saudara, saya pernah tinggal di Ipoh dan pernah menghadiri program di Hotel Syuen. =)

Tho Ha said...

Sy tidak ingat tarikh yg tepat program itu di Hotel Syuen. Sekiranya ada, saudara boleh menelefon pihak Hotel Syuen mengenai kupon makanan itu pada hari tersebut. Driver yg ikut sy pun telah berpindah ke Jabatan Veterinar dan lost contact.

Kad Kredit Citibank pun telah tepu skrg. Sehingga kini sy masih dibelenggu kad kredit.

(Nota : sy pernah post dlm FB "Hari ini Bank Islam telefon kerana tunggakan bayaran kad kredit", hasilnya kawan masa sekolah rendah yg begitu meriah bersembang dlm FB dulu tidak mahu lagi respons dlm FB seperti kebiasaannya. Sy pun dh lama tak update FB kerana ibarat cakap sorang2 je dlm laman tu. Sy cuma bercerita, tiada sekelumit niat pun hendak meminjam sesiapa pun duit walaupun kawan sy tu jawatannya Timbalan Pengarah dan setiap tahun dua kali membawa keluarga bercuti keluar negeri)

Pengajaran : Kalau tidak mahu hilang kawan, jangan cerita masalah kewangan.

wankamarul701 said...

Baiklah nanti saya tulis semula cerita saudara untuk berkongsi dengan pembaca-pembaca blog ini. Mohon izin. Terima kasih.

Tho Ha said...

Okey, semoga dpt manfaat.

Selamat Hari Raya. Hari Raya tahun ini sama seperti tahun lepas, tiada baju raya, tidak lagi berebut-rebut beli daging mcm tahun-tahun sebelumnya. Tiada lagi berbaris di bank nk tukar duit raya. Tahun lepas sempoi ... bihun goreng dan teh o shj.

Kpd bekas rakan sekampus, sy minta maaf kerana tukar nombor telefon .. sekali minta tolong RM1,600.00. Sy pun dah tahap kritikal dah ni. Hutang(rakan sekampus)pada sy, sy halalkan (sbnrnya sy keluar cash kad kredit utk beri rakan sekampus hutang) Sy tak mampu hendak membaca sms rakan sekampus lagi, Rasa sebak pun ada. Hantar pula tu pukul 4.00 pagi. Serius, sy pernah terfikir utk pinjam Along RM2K dan beri rakan sekampus RM1,600. ..... Tapi sy ambil keputusan tukar no telefon. Maafkan sy. Dia masih lagi rakan FB & no a/c banknya masih sy simpan.

Hari ini diberi pelepasan balik awal 12.15 pm utk kakitangan Muslim. Maaf Zahir Batin.

wankamarul701 said...

Ok. Selamat hari Raya & Maaf Zahir Batin. Terima Kasih. Semoga boleh berjumpa lagi untuk berkongsi cerita. =)

Tho Ha said...

Sy bertekad untuk tidak menambah masalah sy dgn mengambil langkah2 berikut :
(a) Tidak lagi sembahyang di Masjid Negeri Ipoh kerana hati sy mudah tersentuh dgn org yg terputus bekalan. Tahun lepas jumpa Pak Cik yg ketinggalan bas. Terpaksa balik Taiping dgn teksi. Kad bank dia cucunya rosakkan.(Sy tengok kad banknya patah) Dia berjanji akan bayar keesokan harinya. Sy beri dia pinjam RM300.00 (mahalnya tambang teksi, fikir saya). Sy berikan a/c BSN. Sampai skrg satu sen pun tidak bertambah.
(b) Pergi mesyuarat dgn motor EX5 walau pun jarak mesyuarat 200 km (pergi balik 400km). Sy hanya isi minyak shj. Tembolok sy, sy isi dgn apa yg dijamu dlm mesyuarat shj.
(c) Menolak ajakan Pembantu Am Pejabat untuk sarapan pagi/makan tengahari sambil menunjukkan bekal yg dibawa dari rumah.
(d) Menceritakan masalah kewangan kpd rakan sepejabat kerana Pembantu Tadbir asyik minta duit raya shj drpd sy.
(e) Ke ATM Bank Islam utk bayar kad kredit pada waktu sblm waktu pejabat atau slps waktu pejabat sahaja kerana byk peminta sedekah dan org jual insurance berkeliaran di situ.
(f) Mengelakkan diri drpd mendekati sebarang promosi dan kalau terserempak cepat2 melarikan diri. Encik tahu apa itu UNESCO ?? (Dlm hati : Kalau aku layan ni mau rabak poket aku) Errr ... minta maaf saya sibuk ...
(g) Sedaya mungkin menjauhi pasaraya terutamanya Giant kerana tahun lepas kad kredit sy pernah dileret utk barangan cabutan bertuah.Set periuk belanga RM3K yg kononnya percuma haram tak dapat. Yg dpt hutang terbang RM800. Nasib baik kad kredit sy hampir tepu. Kalu tak RM3K Hutang Terbang.
(h) Tidak lagi top up telefon rakan2. Ada sorang tu sy top up accumulated RM130. Kerani Kewangan (pejabat lama) telefon pakai mesin faks mengadu prepaid telefon habis. sy buat xtau sahaja.
(i) Sy terpaksa hantar dobi kerana kesibukan kerjaya. Tetapi sy mengurangkan kos dgn membasuh separuh drpd pakaian tersebut.
(j) Tidak memberi wang sebaliknya memberi makanan kpd org. Contoh baru pagi tadi sebelum datang pejabat (hari ini cuti ganti tapi sy ke pejabat, Sabtu lepas pun ke pejabat). Sy : Nak ambik, sy bagi roti Arab. India Muslim : Tak mau sy hendak RM2/- tambang balik. Sy : Sy tiada RM2. Sy terus naik motor ke pejabat. (Sebenarnya sy ada RM10.60 : RM10 sekeping. Kalau seringgit seringgit harus sy bagi dia. Cukup rasanya RM8 utk petrol sblm dpt gaji pada 21/09/2012.

Kalau ikutkan sy ada lagi RM35.60 tapi kesian kat emak asyik makan kanji dgn gula shj. Sy beri kakak sy RM25 utk beli makanan lain di pasar malam. Itu yg kakak sy beli roti arab yg sy hendak bagi pd India Muslim tu.

wankamarul701 said...

Banyak betul ujian Tuan. Semoga Tuan dapat mengharungi segala cabaran dengan tabah. Sememangnya ini ujian daripada Allah.

Unknown said...

Assalammualaikum..

Sekadar nak tanya pendapat...

Saya seorang pnjawt awam..tp malangnya setipa hujung bulan saya hanya boleh simpan RM50 jer...bukan boros tp trpaksa jadi ketua keluarga ganti suami..sbb dia x keje..
Sy pernah wt loan utk bg dia modal..malangnya dia x brsungguh.Klu sy tegur dia marah.
Nak minta tolong saya susun balik perbelanjaan

wankamarul701 said...

Wsalam. Soalan tidak jelas. Nak susun camana tu ye?

Tho Ha said...

Puan Nuwairah Hannan, sy boleh beri pandangan sy tetapi ibarat cakap tidak serupa bikin.

Semasa di HQ sy mempunyai majikan yg baik dengan kakitangan tetapi kurang mesra dengan pelanggan. Sy menghadapi byk masalah dgn pelanggan kerana majikan sy pada kebanyakan masa enggan berjumpa dengan mereka. Kemudian majikan sy dinaikkan pangkat, sy dpt majikan yg baru. Majikan baru ini baik dengan pelanggan tetapi memberikan tekanan kepada kakitangan.

Sy menghadapi masalah dengan majikan baru dan/atau majikan baru menghadapi masalah dgn sy. Bhg Pengurusan Sumber Manusia berbincang dgn majikan baru sy. Keputusannya sy dinaikkan pangkat. Itulah gambaran zahirnya tetapi hakikatnya sy ditendang keluar. Pd zahirnya sy boleh menerima tawaran kenaikan pangkat atau kekal dgn jawatan lama tapi hakikatnya sy terpaksa menerima kenaikan pangkat tersebut kerana :-
(a) Sekiranya sy kekal dgn jawatan lama, sy tidak disambung kontrak.
(b) Inilah sbb yg membuat sy menyesal teramat sgt. KAD KREDIT. Sy mmg berhasrat utk tamatkan kontrak jawatan lama & bekerja di kilang/pasaraya dgn gaji yg sedikit tetapi hasrat tersebut terpaksa sy lupakan kerana gaji tidak dpt menampung kad kredit sy.

Dengan hati yg berat, sy menerima kenaikan pangkat dan berpindah ke daerah lain. Pengurusan Sumber Manusia memberikan notis pendek. Susah hati sy memikirkannya.

Sesampainya sy di tempat baru. Tugasan pertama sy ialah menyiapkan minit mesyuarat yg diadakan pada bulan sebelumnya berdasarkan rakaman sedangkan pada masa itu sy masih menjawat jawatan lama di HQ. Pelik sungguh tapi sy buat juga hingga meninggalkan solat terawih. Sedihnya juga, sy tidak mendapat bonus raya RM500 sepertimana sekiranya sy kekal dgn jawatan lama. Di tmpt kerja baru sy menangis dengan tekanan kerja. Pd masa ini sy betul2 menyesal tidak melangsaikan hutang kad kredit sy sedangkan berpeluang utk melangsaikannya.

Pejabat di tempat baru enggan membayar gaji sy kerana menurutnya Bhg Sumber Manusia yg kena byr gaji sy sbb Bhg Sumber Manusia yg menukarkan sy ke sini. Bhg Sumber Manusia telah mengarahkan pejabat lama utk menghentikan gaji sy. Isu gaji sy masuk ke dalam Mesyuarat Bersama Jabatan dan akhirnya pejabat baru sy akur dan terpaksa membayar gaji saya. Bonus raya sy tidak dapat.

Oleh kerana kekangan kewangan yg meruncing sy mengorek satu lagi lubang iaitu RHB Easy Loan.

RHB Easy Loan
Pinjaman telah langsai digunakan & sekarang membayar sekitar RM150.00 utk tempoh 3 1/2 tahun.

CITIBANK
Sy gunting kad. Apabila tamat tempoh bank hntr kad baru yg pertama kali sy gunakan apabila rantai motorsikal putus di tengah jalan. Baru2 ini sy ditipu. Kiosk Cermin Mata di TF Value menahan sy memberitahu tawaran cermin mata RM80 utk power 400. Sy tanya kalau power lebih 400? Dia jwp RM150. Oleh sy berpendapat RM150 tu murah & telah tiga tahun menggunakan tape untuk menyambung tangkal cermin mata & seringkali ditegur dlm mesyuarat, lantas sy buat pemeriksaan mata. Slps pemeriksaan mata sy dicaj RM330. Sejam lagi cermin mata siap. Hampir 4 jam sy tunggu tak siap2 lagi, sy pun balik. Seminggu kemudian sy menuntut cermin mata tapi tak siap juga. Kali kedua sy ditipu kata sejam siap tapi lebih dari seminggu. Kad kredit sy tepu.

MAYBANK
Sy gunting kad & berjaya melunaskan separuh hutang sy. Majikan baru seringkali meminta menyediakan sejumlah wang utk diberikan kpd pelanggan. Majikan akan membayar semula wang yg dikeluarkan tetapi sy tiada tunai yg banyak menyebabkan sy terpaksa memohon penggantian kad. Lama kelamaan kad sy tepu kembali.

BANK ISLAM
Sy gunting kad. Kad luput & bank tidak menghantar kad. Oleh kerana tiada wang boleh dikeluarkan, baki terkini sekitar RM350. Sy bercadang hendak melangsaikan hutang dengan bonus setengah bulan gaji tapi malangnya sy tidak termasuk dlm pemberian bonus kerana jawatan baru sy belum cukup haul.

Sy betul2 menyesal mempunyai kad. Sekiranya sy tiada kad, sudah lama sy cari kerja lain & tak perlu menghadapi tekanan di tempat baru dgn jawatan yg baru. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Tho Ha said...

Sy Masih Lagi Dibelenggu Hutang. Wang Sy Sekarang Ialah RM10 Sehari Sehingga Mendapat Gaji Bulan Oktober Akan Datang. Pukul 12.00 Tadi Sy Menyorok Di Bilik Gerakan Kerana Rakan Sepejabat Sudah Mengajak Sy Makan Tengahari Sedangkan Kewangan Sy Tidak Mengizinkan.

Malam Ini Insya Allah Sy Akan Pergi Ke Ceramah Ustaz "Maal Hijrah" AF Ustaz Dato' Hassan Din Kerana Percaya Jamuan Makan Malam Disediakan Hu Hu. Walaupun Niat Sy Sudah Terpesong, Tapi Sy Harap Sy Mendpt Titipan Pengajaran Drpd Ceramah AF Ustaz Nanti.

Malam-Malam Jumaat Sy Akan Ke Masjid Daerah Baca Yasin - Semata-Mata Utk Mendapat Nasi Lauk Daging Yg Diberikan Secara Percuma Oleh Salah Sebuah Restoran Mamak.

RHB EASY LOAN

Hutang RHB Easy Loan RM4,000 Meningkat Kepada RM29,000. Rantai Motor Sy Tercabut & Slps Menggantikan Dengan Rantai Yg Baru Sy Lgsg Tiada Wang Saku. Sy Pergi Ke RHB Easy Loan & Berjaya Membuat Pinjaman Sebanyak RM20,000. Sy Selesaikan Hutang Terdahulu RM4,000.00. Beberapa Bulan Selepas Itu Pihak RHB Easy Loan Menghubungi Sy Mendesak Sy Menambah Pinjaman Sehinggalah Sy Bersetuju Dengan Jumlah Maksima RM29,000.00. Sy Selesaikan Hutang Terdahulu RM20,000.00. Skrg Sebulan Sy Membayar RM784.55 Selama Lima Tahun. Aduhai !!!


KAD KREDIT CITIBANK & KAD KREDIT MAYBANK

Sy Tutup Kad-Kad Kredit Ini Dgn Menggunakan Pinjaman RHB Easy Loan.

KAD KREDIT BANK ISLAM

Kad Kredit Selesai Secara Beransur-Ansur. Faktor Penyumbang Kepada Penutupan Kad Bank Ialah Tindakan Pihak Bank Yang Tidak Menggantikan Kad Kredit Yang Tamat Tempoh.

KAD KREDIT MAYBANK ISLAMIC

Ha Hah. Ini Kad Kredit Yang Terbaru Yg Ditawarkan Kpd Sy Semasa Sy Hadir Ke Minggu Saham Amanah Peringkat Kebangsaan. Memanglah Sy Ini Jenis Yg Cepat Terpedaya Walaupun Telah Pun Punya Pengalaman. Adoyai !!! Had Maksimum Kad Kredit Ialah RM7,000.00 Tetapi Skrg Hutang Kad Kredit Saya Melebihi RM7,000. Sy Cuma Membayar Minimum Shj & Kembali Melebihi RM7,000.00 Kerana Sy Akan Membeli Belah Menggunakan Kad Kredit & Kemudiannya Keluar Tunai Semaksimum Mungkin.

PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT

Slip Gaji Sy Masih Lagi Cantik Kerana RHB Easy Loan & Kad Kredit Maybank Islamic Tidak Tercatat Dlm Slip Gaji. Potongan Pada Slip Gaji - KWSP, Kelab dan Angkasa RM30 Iaitu Potonga Insurance Yg Sy Sertai Setelah Taklimat CUEPACS.

Sebenarnya Sy Belum Lagi Buat Pinjaman. Sy Masih Lagi Memikirkannya. Kalau Sy Pinjam Nanti, Tak Cantik Pulak Slip Gaji Sy Hu Hu. Tujuan Sy Hendak Pinjam Ialah Gali Lubang Tutup Lubang. Tetapi Seandainya Pegawai Bank Rakyat Datang Ke Pejabat Sy, 99% Sy Akan Meminjamnya

Tho Ha said...

Alhamdullillah Pada 25 November 2021 Bersamaan 20 Rabiul Akhir 1443 Saya MERDEKA Daripada Belenggu Hutang - Piutang Setelah Melangsaikan Hutang Saya Yang Terakhir Iaitu Kad Kredit Affin Bank Sebanyak RM2,641.30

RHB Easy Loan - Saya Telah Selesai Dengan Membuat Pembayaran RM784.55 Sebanyak 61 Kali (Sepatutnya 60 Kali Sahaja) Iaitu Terlebih Bayar RM784.55 - Saya Tiada Masa Hendak Mengadu Akan Hal Ini Kepada Bank Negara.

Kad Kredit Maybank Islamic (RM7,000.00) - Saya Sudah Tutup Dengan Menggunakan Pengeluaran i - Sinar.

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat - Saya Tidak Memohon & Tiada Sesiapa Yang Mendesak Saya Untuk Meminjam Pinjaman Tersebut. Faktor Utama Yang Menyebabkan Saya Tidak Memohon Kerana Saya Sudah Biasa Menggunakan maybank2u & Tidak Mahu Menukar Akaun Gaji Saya Ke Bank Rakyat. Officemate Saya Tukar Akaun Gaji Daripada Maybank Ke Bank Rakyat Semasa Memohon Tetapi Permohonannya Tidak Lulus.

Kad Kredit Affin Bank - Inilah Satu-Satunya Kad Kredit Yang Saya Mohon. Kad - Kad Kredit Sebelum Ini Adalah Kerana Agen Kad Kredit Datang Pejabat, Tangan Kena Tarik Semasa Membeli Belah & Lawatan Ke Ekspo.

Tho Ha said...

Saya Ingin Menceritakan Bagaimana Saya Boleh Mengambil Kad Kredit Affin Bank. Hari Itu Hari Jumaat. Dalam Poket Saya Ada RM20.00. Selepas Saya Solat Jumaat Saya Telah Ditahan Oleh Sekumpulan Pemuda Yang Menawarkan Kemudahan Waqaf Al-Quran. Saya Ingatkan Memadai RM20.00 Untuk Wakaf Al-Quran Tetapi Mereka Menyatakan Minimum RM350.00 & Meminta Saya Untuk Transfer Baki RM330.00 Ke Akaun Bank. Kebetulan Keesokan Harinya Gaji, Saya Transfer RM330.00 Ke Akaun Yang Diberi Dengan Keyakinan Saya Dapat Adjust Perbelanjaan Saya Tetapi Ternyata Meleset.

Saya Lari Bajet !!!

Gaya Hidup Saya Berubah. Kalau Dulu Saya Pergi Ke Masjid Untuk Solat Subuh, Maghrib & Isyak Tetapi Saya Solat Di Rumah Je. Petrol Yang Saya Dapat Beli Cukup - Cukup Untuk Ulang Alik Pejabat - Rumah Sahaja. Saya Tidak Lagi Mendengar Kuliah Maghrib & Kuliah Dhuha Lagi.

Saya Telah Mengambil (Baca : Mencuri) Dua Biji Buah Nangka Berhampiran KFC. Pokok Tu Terletak Antara Kuarters Saya & Jalan Raya. Saya Percaya Pokok Itu Tumbuh Di Rezab JKR. Saya Rebus & Makan Dengan Kicap Untuk Makan Tengahari & Malam.

Saya Buka Laman Web Beberapa Bank & Memutuskan Untuk Memohon Kad Kredit Affin Bank. Kad Kredit Affin Bank Tidak Kunjung Sampai. Setiap Kali Saya Nampak Posmen Lalu, Saya Akan Kejar. Saya Sudah Terfikir Untuk Meminjam Dengan Pinjaman Berlesen Kredit Komuniti. Saya Betul - Betul Terdesak. Tetapi Syukur Saya Tidak Terjebak Dengan Pinjaman Berlesen Ini.

Tidak Beberapa Lama Kemudian, Kad Kredit Affin Bank Saya Sampai Setelah Saya Mendapat Gaji Bulanan. Saya Pun Keluar Cash Kad Kredit Affin Bank Untuk Membayar Hutang Kad Kredit Sekali & Penggunaan Seterusnya Ialah Membeli - Belah. Sekarang Saya Sudah Menutup Kad Kredit Affin Bank Tersebut & Saya Sudah BEBAS HUTANG. Affin Bank Memujuk Saya Untuk Meneruskan Penggunaan Kad Kredit Dengan Cashback Setiap Bulan RM80.00 Tetapi Saya Tidak Fikir Saya Boleh Disiplin Menggunakan Kad Kredit. Total Kad Kredit Saya Lima Keping - Bank Islam RM3,000.00 Maybank RM4,000.00 Citibank RM4,000.00 Maybank RM7,000.00 & Affin Bank RM4,000.00. RHB Easy Loan RM4,000.00 + RM20,000.00 + RM29,000.00 Semua Sudah Selesai. Pinjaman Pelajaran RM3,000 Pun Sudah Selesai. Itu Sahaja Hutang Saya. Saya Tiada Hutang ASB, Tiada Hutang Pinjaman Perumahan, Tiada Hutang Pinjaman Komputer & Tiada Hutang Pinjaman Kenderaan. Kawan - Kawan Sekeliling Sedang Mendesak Saya Untuk Membeli Kereta.


Tho Ha said...

Saya Takut Hendak Membuat Pinjaman Kereta. Setiap Kali Saya Terfikir Untuk Membeli Kereta Saya Teringat Pensyarah Saya. Semasa Saya Masuk Pusat Pengajian Tinggi Dahulu - Pensyarah Tersebut Menaiki Kereta Charade Warna Merah Yang Buruk. Tidak Berapa Lama Kemudian Pensyarah Saya Beli Honda Yang Mahal.

Suatu Hari Pensyarah Saya Bergaduh Dengan Ketua Kursus. Setiap Kali Masuk Kuliah, Pensyarah Saya Akan Berkata - Saya Menyesal Beli Kereta. Habis Sahaja Bayar Pinjaman Kereta, Saya Berhenti Kerja. Tetapi Daripada Saya Semester Pertama Sehinggalah Semester Keenam, Pensyarah Tersebut Masih Lagi Ada. Setiap Hari Saya Melihat Wajahnya Murung. Dia Sudah Tidak Kisah Dengan Mahasiswa - Hendak Buat Assingment Ke Tidak Mahu Buat Ke Ikut Suka - Perangainya Tidak Seperti Semasa Dia Memakai Kereta Merah Dahulu.

Saya Bimbang Suatu Hari Nanti Saya Bergaduh Dengan Rakan Sejawatan Ke, Rakan Sepejabat Ke, Majikan Saya Ke Seperti Yang Dialami Oleh Pensyarah Saya Tu. Setiap Hari Terpaksa Pergi Bekerja Dengan Muka Yang Muram Durja. Hendak Berhenti Kerja Hutang Kereta Belum Habis Bayar.Itulah Sebabnya Sampai Sekarang Saya Tidak Mempunyai Kereta.

Sekarang Saya Berazam Untuk Menyimpan Sebulan RM500.00 Bermula Tahun Hadapan = RM6,000.00 + Pengeluaran i-CITRA Saya Masih Berbaki RM4,000.00 = RM10,000.00 Bolehlah Kot Untuk Beli Kereta Second Hand. Saya Mengharap Agar Kerajaan Membenarkan Lagi Pengeluaran KWSP Supaya Saya Dapat Mencari Kereta Second Hand Yang Lebih Bagus. Apabila Suatu Hari Nanti Saya Bergaduh Dengan Sesiapa, Saya Bolehlah Mencongak - Congak Untuk Berhenti Kerja Dengan KADAR SEGERA.

wankamarul701 said...

Saudara Tho Ha,

Alhamdulillah. Tahniah, anda telah berjaya melangsaikan hutang anda.
Semoga diberkati Allah s.w.t. sentiasa.

Insya-Allah.

Tho Ha said...

Terima Kasih.

Semalam Saya Menerima Berita Mengejutkan. Tiga Orang ex-Officemate Saya Akan Diberhentikan Kerja Menjelang April 2022. Saya Tanya Salah Seorang Daripada Mereka Yang Membeli MyVi Second Hand - Dia Belum Habis Bayar Hutang Kereta Sama Seperti Dua Orang ex-Officemate Saya Yang Lain. Seorang Lagi Membeli MyVi Baru Manakala Seorang Lagi Baharu Sahaja Membeli Bezza Baharu. Saya Tidak Risau Dengan Kawan Saya Yang Beli MyVi Second Hand Sebab Bulan Lepas Dia Melangsungkan Perkahwinan Dengan Anggota Badan Beruniform Manakala 2 Lagi Masih Bujang.

Saya Terpaksa Melupakan Hasrat Untuk Membeli Kereta Second Hand Memandangkan Saya Juga Mungkin Menghadapi Nasib Yang Serupa. Kalau Ikut Rancangan Asal Saya Hendak Menyimpan RM500.00 Sebulan. Saya Cuba Untuk Menyimpan RM1,000.00 (Tabung Haji) & RM784.55 (Sebelahkan Dalam Akaun Bank Lain - Sama Jumlah Dengan Bayaran Ansuran Easy Loan Yang Sudah Selesai).

Saya Cuba.