Sunday, July 29, 2012

Apakah Maksud Alif Lam Mim di Dalam al-Quran?

Menurut pendapat ulama' khlaf, daripada Abdullah ibn Abbas berkata, Alif itu daripada perkataan a'aillallah yang bermaksud nikmat kurniaan Allah kepada makhluk. Lam berasal daripada perkataan latif yang bererti sifat lemah lembut. Manakala mim daripada perkataan asalnya mulk yang bererti kerajaan atau kekuasaan.

Ada pendapat lain pula mengatakan ali lam mim itu ialah ana Allah yang bermaksud Akulah Allah

Pendapat lain pula mengatakan alif itu ialah Allah, lam itu ialah malaikat Jibrail manakala mim ialah Nabi Muhammad SAW. Tersusun kalimah ini membawa maksud al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW.

- Malauna al-Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Furu' al-Masa'il wan Usul al-Wasa'il

No comments: