Tuesday, August 14, 2012

NGO Kaum Cina

Saya terpanggil untuk menulis entri kali ini mengenai NGO Kaum Cina pada kali ini kerana saya dikhabarkan bahawa terdapat sebuah sekolah cina di Johor yang mempunyai dana sebanyak RM3 billion atau RM3,000 juta ringgit (Ya, dana sebanyak RM3 bilion bagi satu buah sekolah). Sekilas pandang apabila mendengar cerita terebut, saya merasakan bahawa fakta tersebut mungkin tersilap dan sekiranya betul sekalipun mungkin ia hanya mungkin omong-omong kosong. Tetapi setelah berfikir dua kali cerita tersebut mungkin benar kerana melalui pembacaan saya, pertubuhan-pertubuhan Cina memang berpengaruh dan mempunyai kekuatannya tersendiri.


Debat Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng adalah menurut A Kadir Jasin adalah debat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya antara debat antara MCA dan DAP. Ini adalah kerana orang cina akan memilih parti mana yang boleh menganjak kaum cina ke tahap lebih tinggi. Orang cina tetap bersatu dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan bangsa mereka. Mereka lebih mengutamakan strategik untuk jangka masa panjang berbanding orang melayu seperti penguasaan ekonomi dan kedaulatan bahasa, budaya dan pendidikan Cina. Saya berasa sinis dengan siri pertama debat tersebut kerana ramai orang menguar-uarkan bahawa Lim Guan Eng mengatakan bahawa mengapa DAP ingin menentang hukum hudud yang dilaksanakan oleh orang Islam kerana itu adalah hak mereka walaupun dicabar oleh Chua Soi Lek. Hakikatnya, Lim Guan Eng mahupun pemimpin-pemimpin DAP tetap menentang hudud.

Menurut Rizuan Rahman dalam bukunya Berubah Untuk Malaysia Baru, pertubuhan-pertubuhan NGO Melayu kebiasaannya ia dipelopori oleh tokoh politik dan ia tidak akan kekal lama. Pertubuhan NGO seperti ini adalah lebih bermatlamat untuk mendapatkan penyokong dan seterusnya mereka ini diharap memberi sokongan kepada mereka untuk menghadapi pilihan raya. Sebenarnya, ini bukanlah matlamat sesuatu NGO ditubuhkan iaitu bagi mendapat sokongan individu bagi menghadapi pilihan raya. Matlamat sebenar sesebuah NGO adalah untuk berjuang untuk memperbaiki persekitarannya. Membuat resolusi dan mendesak parti-parti politik mengambil berat desakan tersebut.

Ini dapat dilihat melalui Pertubuhan NGO Melayu suatu ketika dahulu iaitu Kongres Kepentingan Bangsa (KPB) yang dipelopori oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Pertubuhan ini dtubuhkan bagi menyatukan suara bangsa melayu bagi mengadapi cabaran dari kaum-kaum lain yang semakin kuat mendesak kepentingan politik mereka. Malangnya, Kongres ini hanya bertahan beberapa ketika sahaja iaitu ketikan Barisan Nasional (BN) terlalu kuat selepas menguasai 9/10 parlimen pada PRU-11 tahun 2004. Kemudian, kongres ini terus hilang apabila selepas PRU-12 tahun 2008 apabila BN mulai lemah. Kemudian, muncul pula NGO Perkasa ketika BN berada dalam keadaan terlalu lemah. Pertubuhan Perkasa ini sama sahaja dengan KPB tetapi caranya agak agresif kerana menyerang sesiapa sahaja yang mempersoalkan hak keistimewaan orang melayu. Dapat dilihat bahawa Pertubuhan NGO Melayu hanya bersifat ad hoc atau sementara bagi meraih sokongan politik.

Berlainan pula dengan Pertubuan NGO Cina di mana pertubuhan ini merupakan pertubuhan NGO yang sebenar di mana mereka berjuang membaiki persekitarannya. Dari pertubuhan pendidikan seperti Dong Xio Zhong kepada pertubuhan yang memperjuangkan hak sivil kaum cina. Pertubuhan-pertubuhan ini banyak kali mendesak pemerintah memperbaiki kebajikan kaum cina. Mahu atau tidak kerana kuatnya suara pertubuhan berkenaan maka banyak desakan mereka direalisasikan oleh kerajaan.  Tambahan pula, pertubuhan mereka lebih terorganisasi daripada kaum melayu dan india dan oleh sebab itu permintaan kaum mereka dipenuhi dahulu oleh Kerajaan berbanding pertubuhan kaum-kaumlain.

Kita boleh melihat penempatan kaum cina di mana kawasan persekitaran penempatan tersebut agak sempurna walaupun terletak di daerah yang kecil. Terdapat kemudahan-kemudahan asas seperti dewan orang ramai, padang permainan, tapak perkuburan, jalan raya, saliran dan kemudaha air serta dan elektrik yang lengkap. Berbanding dengan kawasan perkampungan orang melayu, sudah tentu ia mungkin jauh berbeza daripada dilengkapi kemudahan-kemudahan asas ini. Begitu juga dengan penempatan kaum india di mana saya pernah melihat penempatan kaum india di Ipoh dan keadaannya amat daif sekali. Kehebatan Pertubuhan Cina dapat dilihat sewaktu Kerajaan berkeras mewajibkan semua sekolah mengajar subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di mana Sekolah Cina diberi kelonggaran.

Tun Dr. Mahathir dalam memoirnya menceritakan bahawa sewatu beliau menjadi Menteri Pelajaran, dia hanya menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Kerajaan lebih lengkap dan menarik. Sekolah Cina bantuan Kerajaan pula tidak diberikan dana secukupnya untuk dinaik taraf dengan harapan supaya ibu bapa cina menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Menengah Kerajaan yang lebih lengkap. Namun, sebaliknya pula berlaku di mana orang-orang cina menyahut cabaran tersebut dengan mengumpul dana untuk sekolah aliran cina. Akhirnya, sekolah menengah aliran cina lebih baik daripada Sekolah Menengah Kebangsaan. Begitulah kuatnya semangat orang cina dalam memperjuangkan nasib pendidikan sekolah aliran mereka.

Pertubuhan NGO Melayu pula suka membuat tuntutan yang besar seperti ingin menguasai ekonomi, menjadi Tuan dan tidak toleran dengan bangsa lain. Semua ini tidak dapat dipenuhi dalam persekitaran masyarakat majmuk. Oleh yang demikian, Kerajaan hanya boleh berjanji tetapi tidak menunaikan.

Tuntutan Hindraf juga melampau walhal perkara pokoknya hanya berkisar kepada dua perkara – 150,000 anak Kaum India yang lahir di Malaysia tidak mempunyai kad pengenalan dan penempatan Kaum India tidak mempunyai kemudahan asas. Dua perkara ini sebenarnya boleh dibincang dan didesak oleh parti-parti politik secara berkala dan teratur. Akhirnya, tuntutan kaum ini dipenuhi selepas PRU 2008 di negeri-negeri pakatan pembangkang.

Sepatutnya pertubuhan-pertubuhan NGO perlu memperjuangkan hak asasi kaum masing-masing supaya semua kaum dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Perjuangan kaum melayu dan india sepatutnya lebih realistik dan menjauhi tuntutan pertubuhan pendesak seperti Perkasa dan Hindraf kerana tidak berpijak kepada realiti untuk mewujudkan keharmonian kaum di negara ini.

Sekian, terima kasih.

http://wankamarul701.blogspot.com

No comments: