Wednesday, January 30, 2013

Isu Gambar Utusan Melayu “Pelajaran Percuma Menjelang 1982” : Janji Untuk Pelajaran Percuma Universiti, Sekolah-sekolah atau untuk Semua Peringkat Pelajaran?

Keratan Akhbar Utusan Melayu

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Saya terdetik untuk menulis pada kali ini berikutan isu gambar surat khabar Utusan Melayu dalam tulisan jawi yang tajuk besarnya bertulis “Pelajaran Percuma Menjelang 1982”. Saya sempat melayari laman-laman internet mengenai isu ini dan dikatakan gambar ini dipetik daripada akaun laman sosial pihak pembangkang.

Jika kita tengok sekali imbas pada kali ini kita akan melihat gambar Dr. Mahathir dan terpampang tajuk besar di atasnya “Pelajaran Percuma Menjelang 1982”. Jika ditengok sekali imbas kita mungkin terfikir bahawa Kerajaan sudah berjanji untuk memberikan pendidikan percuma sejak 1982 lagi. Ini bermakna Kerajaan sudah 30 tahun tidak menunaikan janjinya sejak dahulu lagi kerana di universiti-universiti sekarang mereka dikenakan yuran untuk belajar.

Mana-mana pemimpin politik yang ingin memegang tampuk pemerintahan Kerajaan mestilah melalui menjadi Menteri Pendidikan iaitu Kementerian yang paling memeningkan kepala di dalam kabinet selain Menteri Kewangan. Saya pernah terbaca bahawa jika seseorang itu menjadi Menteri Pelajaran atau Pendidikan, beliau ibarat memakai tengkolok berduri di atas kepalanya. Pendek kata, Kementerian ini merupakan kementerian memeningkan kepala dalam Kabinet sehinggakan ada Menteri di Kementerian ini dipindahkan ke Kementerian lain disebabkan banyak masalah apabila menerajui Kementerian ini.

Apa yang memusykilkan saya adalah Menteri Pelajaran ketika itu Dr. Mahathir Mohammad yang kini adalah bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat. Semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau berjaya mengubah Malaysia daripada sebuah negara pertanian yang miskin menjadi sebuah negara perindustrian dan perdagangan ke-17 terbesar dunia. Mana mungkin seorang Perdana Menteri yang boleh mengubah wajah sebuah negara yang miskin sebegitu rupa boleh menabur janji-janji palsu semasa Menteri Pelajaran?

Baiklah, sekali imbas kita dapat melihat tajuk besarnya berbunyi “Pelajaran Percuma Menjelang 1982”. Sekiranya kita perhalusi akhbar berikut kita dapat melihat bahawa:

i.   Terdapat perkataan yang ditulis di atas tajuk tersebut yang berbunyi “Bila Dasar Pelajaran Kebangsaan Pelajaran Dilaksana Sepenuhnya”. Sudah tentu apabila Dasar Pelajaran Kebangsaan, ia adalah merujuk kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dan tidak merujuk kepada Institut Pengajian Awam (IPTA) atau Universiti-universiti awam.

ii.  Pada perenggan pertama, ia berbunyi “Semua murid-murid sekolah dikecualikan dari membayar yuran sekolah tahun 1982 berikutan dengan dilaksana sepenuhnya dasar pelajaran kebangsaaan, kata Menteri Pelajaran...”

Dapat dilihat di sini bahawa keratan akhbar ini adalah merujuk kepada pendidikan percuma untuk Sekolah-sekolah dan bukannya Universiti-universiti awam. Anda mungkin mengatakan bahawa yuran-yuran juga akan dikenakan di Sekolah Rendah ataupun Sekolah Menengah. Akan tetapi, kita harus faham bahawa pendidikan percuma bukanlah bermaksud semua pelajaran adalah percuma tetapi ia adalah merujuk kepada yuran peperiksaan percuma, buku teks percuma untuk yang layak dan sebagainya di mana yuran lain masih dikenakan seperti PIBG dan sebagainya. Ambil sahaja contoh perbandingan yang mudah, yuran sekolah rendah swasta adalah sebanyak RM3,000 setahun manakala sekolah menengah swasta adalah sebanyak RM6,700 setahun berbanding sekolah kerajaan dengan RM50 setahun.

Pendek kata, pihak pembangkang pandai mengapi-apikan sesuatu isu bagi meraih sokongan murahan rakyat. Akan tetapi, rakyat bijak berfikir untuk menilai sesuatu.

Sekian, terima kasih.


http://wankamarul701.blogspot.com

7 comments:

Tho Ha said...

Semasa Saya Darjah Dua, Saya Pergi Ke Sekolah Bukan Utk Belajar Tetapi Utk Makan Makanan Yg Disediakan Dlm Rancangan Makanan Tambahan. Menu Yg Disediakan Ialah Nasi Lauk Telur Masak Rempah / Nasi Lauk Telur Mata & Sayur Tauge / Nasi Lauk Ikan Bilis & Sayur Kacang Panjang / Bihun Goreng & Mee Goreng. Sekolah Saya Adalah Sekolah Kurang Murid, Jadi Rancangan Makanan Tambahan Itu Termasuk Juga Guru Besar & Cikgu2.

wankamarul701 said...

Terlupa pula Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Ini juga inisiatif percuma yang kita tidak sedari. Tetapi malang, pembangkang pandai bermain isu.

Rosdi said...

Orang kalau dah taksub kat Anuar/Nik Aziz/LGE dia akan jadi macam tu lah... tertutup pintu hati dah.. tak baca pun artikel tu.. kalau baca pun takkan faham sebab hati dah taksub.

Insyaallah marilah kita bersatu memperjuangkan perjuangan yang belum selesai.

Melayu mudah lupa... berulang kali Tun Dr M ingatkan.

wankamarul701 said...

Tuan Rosdi. Sebagai insan biasa, kita sudah tentu perlu mencari kebenaran dan percaya secara bulat-bulat dengan sesuatu berita.

Artikel di atas salah satu contoh yang jelas supaya kita memperhalusi semula mengenai sesuatu berita. Yang betul kita pertahankan, dan yang salah kita perbetulkan. Wassalam.

Anonymous said...

ye ker? hmm

Anonymous said...

Mansuh yuran sekolah tu zaman Pak Lah kot baru jadi.....tapi zaman paklah beliau mansuh yuran exam je....zaman pak jib baru mansuh yuran pengajian sekali....so lama jugak la nak dapat pelajaran percuma ni

Anonymous said...

oioioioi
mana yg dikatakan pelajaran percuma tu???
yuran still kena bayar jgk la
sekarang ni pn lgi cibai ade la