Wednesday, April 16, 2014

Apabila Isu Hudud Bergema Lagi...

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
 
Sultan Hassanal Bolkiah yang melaksanakan hudud berkuatkuasa bulan ini dikritik keras oleh jurucakap Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rupert Colvile kerana ia bertentangan dengan hak asasi manusia. Sebenarnya, hukum hudud yang sudah terlaksana di Brunei ini telah mengambil masa bertahun-tahun untuk dilaksanakan. Apa yang lebih menarik ialah pakar perundangan dari Malaysia turut terlibat sama dalam menjayakan hukum hudud di Brunei.
 
Isu hudud bergema lagi sekali lagi di Malaysia. Ini adalah kerana Kerajaan PAS Kelantan akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan pada tahun 2015 di mana ia perlu dibentangkan terlebih dahulu di Dewan Rakyat. Apa yang menjadi isu utama untuk melaksanakan hudud ialah ia ditentang oleh rakan sekutunya sendiri iaitu tidak lain dan tidak bukan ialah Parti DAP dan PKR.
 
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata PAS terikat dengan janji yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) yang antara lain tidak akan melaksanakan hukum hudud. Manakala menurut penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan pembangkang. Ini menyebabkan Pas keseorangan dalam melaksanakan hudud dalam Pakatan Rakyat.
 
Pun begitu sekiranya sokongan undi Umno dan Pas di Dewan Rakyat juga tidak cukup untuk mendapat majoriti 2/3 parlimen kerana bilangan ahli Pas dan Umno ialah seramai 109 orang (Pas-30 dan Umno-79) di mana undi 2/3 majoriti memerlukan sebanyak 148 undi parlimen.
 
Apa yang membuatkan penulis berasa pelik ialah mengapa Pas tetap bekerjasama dengan Dap walaupun Parti Dap mempunyai fahaman dan ideologi yang bertentangan dengan Pas sendiri? Ibarat sudah tahu di bontot itu sudah ada tahi, Pas pergi cium juga. Adakah Pas semata-mata mahu undi orang bukan Islam sewaktu menjelangnya pilihanraya? Ini adalah kerana pada tahun 1970-an Pas mengatakan bahawa kerjasama dengan orang bukan Islam adalah haram malah Pas melakukan tindakan serupa pada tahun 1999 apabila bekerjsama dengan Dap apabila menghadapi PRU pada tahun 1999.
 
Apa yang melucukan ialah kerjasama Dap dibuat adalah dibuat untuk memperkenalkan Islam kepada Dap. Adakah Pas tidak boleh memperkenalkan Islam kepada bukan Islam tanpa kerjasama politik. Dalam PRU tahun 1969, Tunku dalam bukunya "Sebelum dan Selepas 13 Mei" sempat bertanyakan orang cina bukan Islam yang berkumpul di markas Pas mengapa mereka memilih untuk mengundi Parti Pas walaupun Pas merupakan anti-cina. Dia menyatakan bahawa walapun Pas anti-cina tetapi Pas tidak pernah menindas orang cina dan perniagaan mereka terjamin tanpa diganggu oleh Pas.
 
Ini menunjukkan bahawa Pas diterima oleh masyarakat bukan Islam tanpa bersekutu dengan Dap. Kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat hanya melemahkan kedudukan Pas dalam usaha untuk mengembangkan syiar Islam khususnya hukum hudud. Ibarat bekerjasama dengan musuh Islam bagi mengembangkan Islam.
 
Bagi penulis, hudud tidak dapat dilaksanakan di Malaysia walaupun Umno atau Pas yang berkuasa. Ini adalah kerana selagi mana demokrasi diamalkan di Malaysia, selagi itu hudud tidak dapat dilaksanakan. Berlainan dengan Brunei, di mana sistem beraja diamalkan di mana hudud dapat dilaksanakan tanpa mendapat tentangan rakyatnya sendiri. Walaupun Malaysia pada hari ini terdiri daripada masyarakat majmuk namun ia bukan alasan untuk mengatakan hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Negara Islam Madinah terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama bahkan orang bukan Islam lebih ramai daripada orang Islam itu sendiri.
 
Wallhua'lam.
 
 

No comments: