Monday, November 28, 2016

Menghadiri Business Coaching Bersama Tuan Shamsuddin Kadir

Bersama Tuan Shamsuddin Kadir
 
Saya mula mengenali beliau melalui buku-buku pengurusan kewangannya bermula tahun 2009. Alhamdullilah, semalam saya berkesempatan bertemu dengan beliau menghadiri Business Coaching yang dianjurkan oleh beliau sendiri di Taman Melawati.
 
Banyak juga tip-tip yang diajarkan oleh beliau yang kadang-kala menyebabkan para pelanggan lari dari membeli makanan khususnya di kedai-kedai makan. Paling utama sekali ialah para peniaga kedai makan jangan membiarkan orang memotong line ketika hendak membeli. Semestinya, dalam perkhidmatan kedai makan para pelanggan inginkan makanan cepat disediakan.
 
Paling penting sekali ialah dalam komunikasi dengan orang. Anda perlulah memanggil orang dengan gelaran 'Tuan' atau 'Cik Puan'. Jangan panggil orang dengan gelaran pak cik, mak cik, abang, kakak, dan seangkatan dengannya dalam urusan bisnes. Dengan tip ini sahaja menurut beliau, seorang pelanggan beliau berjaya menaikkan sale jualan komputernya sebanyak 300%!
 
Selain itu, kita hendaklah mengucapkan TKBB (Terima Kasih Banyak-Banyak) atau TKSS (Terima Kasih Sungguh-Sungguh) setelah selesai berurusan bisnes dengan orang lain. Tidak cukup sekadar dengan Terima Kasih sahaja.
 
Apa yang penting dalam apa jua bisnes sama ada dalam mengeluarkan produk atau menyediakan perkhidmatan, maklum balas daripada pelanggan adalah perkara yang paling penting sekali. Daripada maklum balas ini, kita dapat mengetahui apa kelemahan kita dan apa yang pelanggan nak daripada produk atau perkhidmatan kita.
 
Setakat ini sahaja dahulu apa yang saya dapat kongsikan pada artikel kali ini.
 
Adakah anda sudah memiliki buku BSAD? Jika belum, klik [di sini].

No comments: