Tuesday, October 31, 2017

Menyambung Master Sejarah Malaysia di Universiti Malaya

Saya masih teringat bagaimana first degree dulu saya tersilap daftar untuk memasuki Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kerana tersilap klik sebanyak 3 kali untuk pendaftaran online. Tetapi, saya tidak kisah kerana mungkin rezeki saya di UMT agaknya dahulu pada tahun 2004 dahulu.
 
 
Tetapi, untuk peringkat master saya baru sahaja menyambung di Universiti Malaya (UM) untuk kursus Sejarah Malaysia. Saya sengaja memasukkan entri ini supaya menjadi panduan kepada sesiapa sahaja ingin menyambung master sejarah di UM memandangkan saya tidak jumpa entri seperti ini ketika mula-mula ingin mendaftar dahulu di universiti ini.
 
 
Syarat untuk menyertai program master Sejarah Malaysia ini adalah bebas. Ya, anda adalah bebas dari latar belakang akademik di peringkat ijazah peringkat pertama dahulu. Saya ingatkan dahulu seseorang perlulah mempunyai latar belakang akademik sejarah jika ingin menyambung master sejarah. Sangkaan saya meleset sama sekali. Semua orang boleh belajar master sejarah di UM tidak kira latar belakang apa sekalipun asalkan mempunyai ijazah.
 
 
Baiklah, struktur master sejarah ini mempunyai 2 fasa utama iaitu kelas dan disertasi. Untuk fasa pertama (kelas) ini, ada perlu lulus final exam bagi 5 kursus. Daripada 5 kursus ini, terdapat 2 kursus wajib yang perlu diambil iaitu Histiriografi & Metodologi Sejarah dan Sejarah Malaysia 1800-1941. Manakala terdapat 3 kursus elektif lagi yang perlu diambil.
 
 
Antara subjek elektif yang ditawarkan ialah Malaysian History to 18th Century, Malaysia Economic and Trade Development to The Second World War, Malaysian History After The Second World War, dan Government and Politics in Malaysia.
 
 
Setiap kursus ini terdapat 2 bahagian iaitu 50 peratus final exam dan 50 peratus lagi assignment. Assignment ini biasanya kena buat esei, pembentangan, ulasan buku, dan sebagainya bergantung kepada pensyarah masing-masing.
 
 
Bagi fasa kedua, anda perlu menyiapkan tesis iaitu mempunyai 30,000 patah perkataan. Tajuknya adalah bebas selagi mana ia berkait dengan sejarah Malaysia.
 
 
Anda bagaimana? Berminat ke nak sambung di UM?
 

2 comments:

Anonymous said...

Hai, susah ke nak masuk UM? Ketat ke kemasukan pelajar master ke sana?

legallycaip said...

Hi wan kamarul. Saya baru apply untuk kemasukan feb 2019. Boleh tau any text book/reference book yang recommended? Saya ambil part time so nak study dulu basic knowledge sejarah.